Khamis, 5 Disember 2013

Art of SC

Art Of Sc
Program Art Of Sc adalah merupakan program Anjuran pihak  Malayasia Hevy Engenering  atau lebih dikenali MMHE bersama SK PAsir Gudang 1 dengan dikelolakan oleh Petrosains Malaysia. Satu program yang sangat menarik dan banyak menambah pengetahuan murid terutama dalam bidang sains. Dalam program ini murid diberi peluang menjalankan eksperimen dengan bimbingan oleh fasilitator 2 dari Petrosains.
Diharapkan 80 orang murid yang menyertai program ini dapat menanam minat yang lebih mendalam dalam bidang sains. Selain itu dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi yang sangat ditekankan dalam pendidikan sekarang dan masa akan datang.
Saya pasti semua murid yang menyertai art of sains ini sangat seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dan ilmu baru yang diperolehi, disamping cenderahati yang diberikan kepada semua peserta oleh MMHE dan Pertosains berupa peralatan sekolah iaitu alat tulis, buku note dan bag sekolah seta baju t shirt dan alat permainan yang menguji IQ.
TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA MMHE DAN PETROSAINS AKAN DATANG SUMBANGLAH LAGI.