Program Kaunseling Berfokus dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Yakin Boleh dan Cemerlang Milikku. Program ini terdiri daripada murid - murid tahun 6 kelas AlGhazali , AlFarabi, Al Biruni dan Ar Razi. Dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan secara berkumpulan dan individu. Memberikan fokus kepada penekanan bidang Akademik iaitu kemahiran belajar dan teknik belajar. Diharapkan dapat memberi impak yang baik kepada akademik murid yang menyertainya.
Khamis, 29 Mei 2014
Khamis, 15 Mei 2014
Selasa, 1 April 2014
Majlis Watikah Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya 2014
Add caption |
Add caption |
Tapak perhimpunan SK Pasir Gudang 1- Tahniah kepada semua Pembimbing Rakan Sebaya yang telah dilantik . Majlis penyampaian watikah perlantikan Pembimbing rakan sebaya telah dijalankan pada 16 Mac 2014. Diharapkan semua PRS yang dilantik dapat menampilkan ketokohannya sebagai PRS SK Pasir Gudang 1. Selain penyampaian watikah juga diselitkan slot melafazkan ikrar PRS. Watikah perlantikan telah disampaikan oleh En Nawawi bin Saridi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pasir Gudang 1, kepada semua Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun 4 ,5 dan 6 seramai 29 orang.Paling istimewa pada 16 MAc ini bagi En Nawawi b Saridi hari ini adalah hari terakhir beliau menjalankan tugas sebagai Guru. Penyampaian Watikah ini merupakan antara tugas terakhir yang dilaksanakan oleh En Nawawi b Saridi sebelum Majlis Persaraannya.
Jumaat, 14 Mac 2014
Langgan:
Catatan (Atom)